Disebabkan terlalu rindu dan ingin luangkan lebih masa bersama bapanya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup berlakon dan menipu konon dirinya diculik. Xiao Zheng memang dijaga oleh bapanya. Namun untuk menanggung kehidupan mereka, bapanya terpaksa bekerja jauh dan dia dijaga oleh datuk serta neneknya.
Kedua beranak ini hanya akan bertemu beberapa hari sahaja setahun. Tak ingin melepaskan bapanya kembali semula bekerja di bandar, Xiao membuat perancangan supaya bapanya kekal bersamanya di kampung. Dia bersembunyi di belakang rumah lamanya di kampung dan mengikat kaki serta tangannya sendiri.
Xiao kemudian menghantar mesej kepada bapanya.
"Ayah, tolong. Saya telah diculik dan mereka tidak mahu melepaskannya saya,” katanya.
Pihak polis terus melancarkan gerakan mencari selepas menerima laporan daripada bapanya. Selepas ditemui, pihak polis curiga melihatkan keadaannya sedang bermain telefon bimbit ketika itu. Selepas disoal siasat barulah dia mengaku yang dia hanya berpura-pura sahaja.
Catat Ulasan