Dalam episod ketujuh program realiti digital The House, Emma Maembong tidak dapat menyembunyikan perasaan cemburu apabila adiknya Chacha cuba mendekati dan bermesra dengan pelakon Shaheizy Sam.
Chacha pula seolah-olah sengaja membuatkan Emma cemburu kerana tahu kakaknya itu sangat meminati pelakon tersebut.
Ketika melakukan tugasan berlakon sebagai pokok, Chacha cuba melakukan sabotaj apabila mengambil kesempatan ‘bermesra’ dengan Sam yang membawa watak Matahari.
Taktik kotor Chacha itu telah membuatkan Emma panas hati, tambahan lagi apabila melihat Chahcha bersikap gedik di hadapan Sam.
Bukan setakat itu saja, Chacha juga sanggup bertindak sebagai pelayan dan melayani Sam sewaktu hero Polis Evo itu sedang menikmati hidangan minuman petang di dalam Cruise Tasik Putrajaya.
Bagi Emma, Chacha sengaja menggunakan taktik tersebut untuk menarik perhatian Sam.
Usaha dan kerja keras Chacha itu bagaimanapun tidak berjaya mencuri perhatian Sam, kerana aktor itu telah memberikan jambangan bunga kepada Emma sebagai hadiah.
Jambangan bunga itu diberikan kepada Emma kerana Sam amat menghargai pengakuan ikhlas Emma terhadapnya.
Apa yang membuatkan Sam terharu dan menghadiahkan jambangan bunga kepada Emma ialah, apabila kakak kepada Chacha itu dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa dia amat menyukai lelaki seperti Sam.
Rasa tidak puas hati di antara Emma dan Chacha sebenarnya sudah tercetus sebelum kedatangan Sam.
Semuanya bermula apabila Chacha menuduh Emma suka merosakkan barang-barangnya termasuk pengering rambut kesayangannya dan telah mengadukan hal tersebut kepada Yaya.
Ketika diberikan tugasan mencari perkakas elektrik untuk The House, Chacha memilih pengering rambut baru tetapi telah dihalang Emma yang berpendapat membeli pemanas air atau ‘water heater’ lebih berbaloi kerana ia sangat sesuai dengan Chacha yang malas mandi pagi.
Sementara Chacha dan Emma bertelagah untuk membuktikan barang elektrik pilihan siapa yang lebih penting untuk kegunaan The House, Yaya pula memikirkan untuk memilih penyedut hampagas.
Alasannya, peralatan elektrik itu lebih penting berbanding pengering rambut dan pemanas air kerana ia boleh digunakan untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur.
Ternyata pilihan dibuat Yaya itu tepat kerana bukan sahaja memenangi tugasan itu, tetapi turut berjaya membawa pulang penyedut hampagas tersebut sebagai hadiah kemenangannya.
Kemenangan Yaya itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati Chacha dan Emma. Tidak cukup setakat itu, mereka turut mempersoalkan kemenangan Yaya dalam beberapa tugasan sebelum ini.
Adakah Chacha dan Emma terus-menerus menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Yaya? Masihkah perasaan cemburu menguasai Emma kerana Chacha cuba mendekati lelaki pujaannya, Sam?
Sudah tentu tidak kerana mereka saling menyokong dan melindungi di antara satu sama lain dan itu mengukuhkan lagi hubungan mereka adik-beradik.
Apakah yang akan berlaku selanjutnya dalam kehidupan adik-beradik Maembong ini? Jangan lupa untuk saksikan episod ke-lapan The House, yang akan bersiaran di www.TheHouse.com.my, Rabu hadapan, jam 4 petang program yang disokong oleh Kotex®.
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161088/Emma-Maembong-Cemburu-Chacha-Bermesra-Dengan-Shaheizy-Sam.aspx
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.