loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
1. Jangan tarik muka
kahwin-orang-melaka-1
Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang.
2. Kena rajin buat kenduri
kahwin-orang-melaka-2
Orang Melaka suka buat kenduri, kejap-kejap kenduri, kejap-kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri katrumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri.
3. Masak lebih jangan kurang
kahwin-orang-melaka-3
Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas.
4. Jangan jamu air saja, pantang
kahwin-orang-melaka-4
Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai-cikai pun kopi dengan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili.
5. Jangan terkejut
kahwin-orang-melaka-5
Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot..
6. Belajar skil menjawab dulu
MELAKA 07 June 2015. ( MM459H / MM460H / mc0706flood / mc0706floodd / Banjir Melanda ) Abu Hussin Saad, 63, ditemani isteri, Rokiah Bero, 63, menjamah makanan di hadapan rumah ketika banjir melanda selepas hujan lebat bermula jam 4.30 pagi hingga jam 1 petang di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. NSTP/Muhammad Hatim Ab Manan
Kalau tengah makan, ada orang cakap “Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti,” buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya.
7. Hantar sampai depan pintu
kahwin-orang-melaka-7
Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagausebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagaukatpintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung selipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk kereta pun dia turunkan tingkap sambung borak.
8. Rajin rajin sapu laman rumah
kahwin-orang-melaka-8
Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin-rajin letolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil-sambil tu boraklagi.. Kadang-kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang.
9. Jangan terus guna “hawau”
kahwin-orang-melaka-9
“Hawau” jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barulah boleh pakai. Selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyinya.
10. Belajar pasang api
kahwin-orang-melaka-10
Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya.. jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka.
Tip lain nanti le..banyak lagi. Mana nak tambah tutaruk kat ruang komen katbawah, tak reti reti lagi. Ha ha ha rindunya lahhh Melaka.
http://thevocket.com/10-perkara-anda-kena-tahu-sebelum-kahwin-orang-melaka/
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top