loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Rafizi Ramli.

BENTONG - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai rakyat boleh guna BR1M beli Proton Iriz untuk menjadi pemandu Uber dan orang miskin tidak dikenakan GST menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan yang tenat.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, berdasarkan kenyataan itu membayangkan dan menyakinkan rakyat dan pelabur satu dunia bahawa ekonomi Malaysia berkedudukan dalam keadaan yang rapuh.

Malah katanya, apabila kenyataan itu datang daripada ketua setiausaha perbendaharaan, kenyataan itu lebih teruk dan memalukan daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh timbalan menteri.

“Apabila orang nombor satu dalam pentadbiran ekonomi negara kita yang bukan dari kalangan ahli politik bagi kenyataan yang lebih teruk, sebab itulah semua pelabur lari dan pelabur baru tidak masuk.

“Akibat daripada pelabur asing lari sebab itu nilai mata wang jatuh dan apabila nilai mata wang jatuh maka ekonomi pun jadi tidak baik yang menyebabkan harga barang pun naik,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sertai Invoke Jumpa Rafizi di Pusat Khidmat Keadilan Bentong di sini.


Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua PKR Cabang Bentong, Isa Ahmad.

Akibat daripada kesan itu, Rafizi berkata, kini rakyat di Malaysia kian terhimpit akibat daripada pelbagai kenaikan harga makanan, GST termasuk terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit.

Dalam pada itu, Rafizi menolak dakwaan yang mengatakan keadaan ekonomi yang tenat kini hanyalah persepsi yang dicanang pembangkang.

Malah, katanya, pihaknya tidak perlu menjawab pun kenyataan itu namun sebenarnya Irwan yang perlu membuktikan dan mengesahkan mengenai kenyataannya itu. - sinarharian

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top