Mia Ahmad sah bergelar isteri Izham Tarmizi dengan sekali lafaz.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi dalam satu majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.
Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 daripada Mohd Izham, 26.
Mia mengayakan busana Lynda Rahim.
Pada majlis istimewa tersebut Mia anggun mengayakan busana berwarna krim daripada pereka fesyen Lynda Rahim.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Sekali lafaz sahaja Izham sah menjadi suami kepada Mia Ahmad.
Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari tahun yang sama.
Majlis pernikahan tersebut disiarkan secara eksklusif menerusi 'live streaming' di portal tonton.com.my. - mstar Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan