Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.
Penemuan itu dibuat Felo Universiti George Washington, Dr. Seenapuram Palaniswamy Vijayakumar bersama seorang rakannya dalam satu ekspedisi beberapa tahun lalu sebelum disahkan Kurator Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Dr. David Blackburn baru-baru ini.
“Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,” kata Vijayakumar.
Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) mengesahkan katak itu spesies serta susur galurnya mewakili keluarga fauna baharu yang diklasifikasikan saintis sebagai Astrobatrachinae.
‘Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,” tambah Vijayakumar. – Agensi
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Kumbang Baru Ditemui Dinamakan Yoda
Satu spesies kumbang berwarna hijau berkilat yang baru ditemui di dalam hutan hujan Sulawesi Tengah [...]
Pokok 'Mati' Hidup Semula
Satu pokok gurun iaitu Rose of Jericho yang kelihatan seperti gumpalan tumbuhan kering kembali hidup[...]
Ais Krim Perisa Sos Tomato
Sebuah syarikat pengeluar makanan, Wattie's mengumumkan rancangan untuk menawarkan aiskrim berperisa[...]
Durian Berharga Lebih RM4,000 Sebiji.
Sejenis durian yang jarang didapati dijual pada harga 14 juta rupiah (RM4,082) sebiji di pasar raya [...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.