loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Dulu pernah ada artikel di akhbar dan media sosial tentang bau badan dan bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress wanita. Maka masa tu ramailah lelaki yang acah-acah suruh isteri atau teman wanita mereka bau ketiak mereka malah sampai jadi trend di Indonesia suatu ketika dulu.

Menurut artikel tersebut, sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?


Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Bau ketiak lelaki

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Sumber Wanista.

Bau badan yang busuk mungkin boleh membuatkan sesetengah orang berasa loya dan nak muntah. Namun bagaimana pula dengan bau badan lelaki yang anda sukai atau pendek kata bau badan lelaki yang anda 'taste'?

Selain badan berotot dan wajah kacak, sebenarnya wanita sangat suka dan ghairah dengan bau badan lelaki ya, meskipun ada kalanya bukanlah wangi pun. 

Ini kerana ia dianggap sebagai salah satu 'sex appeal' seorang lelaki terhadap wanita. Dan ini bukan sekadar omongan kosong. 

Terdapat kajian yang dijalankan di Sweden melakukan penelitian terhadap reaksi otak dari kalangan 12 pasangan terhadap bauan yang mirip dengan feromon. 

Hasilnya bau-bauan tersebut dapat memancing reaksi hormon estrogen responden wanita. Pendek kata wanita yang menghidu bau badan alami lelaki terutama ketiaknya, mampu meningkatkan libido dan menjadikan hubungan seksual menjadi lebih panas. 

Oleh itu, buat para jejaka, banggalah dengan kelebihan ini, jadikan bau badan anda untuk 'memancing' pasangan anda ya.

Sumber Forum Cari.

Bagi aku kalau dah namanya bau badan tu, mestilah agak tidak selesa dan merimaskan. Jangan kata bau badan orang lelaki, orang perempuan pun sama. Cuba kau lalu sebelah orang yang bau badan dia agak kuat, tak kisahlah orang tu suami kau ke, isteri ke, pakwe ke, makwe ke, agak-agak kau rasa selesa ke? 

Sebab tu minyak wangi dicipta. Dan yang orang suka bau itu adalah bau minyak wangi yang dipakai mereka, bukan bau badan mereka. Hanya pemilik bau badan sendiri sahaja yang akan selesa dengan bau badannya sendiri.

Samalah seperti kentut, hanya orang yang kentut sahaja yang boleh bau kentut dia sendiri. Sama seperti bau nafas, orang yang nafas dia berbau tak rasa nafas dia berbau busuk, tapi orang lain bau rasa macam nak muntah.


Cuma pasangan yang dah berkahwin ni biasanya diorang bukannya suka sangat bau badan pasangan mereka, cuma sebab dah lama kahwin dan duduk serumah, bau tu pun dah sebati dengan hidung mereka, maka mereka boleh menerima bau pasangan mereka seadanya, walaupun begitu masih ada juga yang masih tak boleh menerimanya.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top