loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Oleh : Aimi Nordin.Sumber: CCTV News

Seorang lelaki berusia 85 tahun akhirnya bertemu kembali dengan cinta pertamanya selepas 58 tahun berpisah dan mengambil keputusan untuk tinggal di bandar di mana wanita tersebut tinggal untuk menjaganya. 

Li Dazhong, dapat mencari Chen Shimeng pada tahun 2011 yang kini berusia 83 tahun. Dia memilih untuk berpindah dari timur laut China ke Chendu, Wilayah Sichuan untuk menjaga wanita itu ketika sakit untuk menebus kembali rasa kesal dari zaman mudanya. Mereka telah bersama selama empat tahun sekarang. 

Menurut sebuah akhbar, mereka berpisah pada tahun 1950-an kerana beberapa salah faham kecil sebelum mereka berani tampil mengaku cinta mereka antara satu sama lain. Mereka hidup sebagai jiran ketika berumur 20, tetapi Li tersalah anggap perasaan Chen kepadanya kerana Chen selalu berbual dengan kawan-kawan lelakinya yang lain berbanding dirinya. Kerana cemburu, dia meninggalkan bandar tersebut untuk melanjutkan pelajaran di sebuah university di Chongqing tanpa meninggalkan mesej kepada Chen. 

"Dia menulis kepada saya surat apabila dia tamat pengajian. Katanya dia telah ditugaskan untuk bekerja di timur laut China dan berharap saya dapat berjumpanya sebelum dia pergi, "kata Chen. Tetapi dia enggan bertemu kerana dia masih marah kerana Li pergi ke universiti tanpa memberitahunya. 

Kalau dah namanya takdir, mereka bertemu kembali setelah seabad berpisah. Nampaknya, kini mereka hidup gembira sambil mengenang kembali kenangan manis di zaman muda. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm 
 
 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top