Oleh Ina Mohd
Kisah cinta pelakon ini selalu mendapat perhatian. Namun berkali-kali juga percintaan itu tidak kesampaian. Selepas kehilangan ibu tercinta, Johan As’ari membawa diri ke India untuk mendalami ilmu agama. Di sana dia mendapat apa yang diinginkan iaitu ketenangan di jiwa. Bertemu Johan di malam gala filem Juvana 2, Johan berkongsi tentang hati dan perasaannya terhadap insan yang bergelar wanita.
“Selepas arwah sudah tiada, alhamdullilah saya boleh menerukan kehidupan seperti biasa. Seperti mala mini, seluruh keluarga saya datang untuk memberi sokongan kepada saya. Jika sebelum ini, bersama dengan arwah, tetapi tidak mengapa, saya terima seadanya. Dengan sokongan yang diberi oleh ahli keluarga saya, saya lebih rasa lega dan kami lebih menjadi rapat”, ujar Johan.
Dengan kemunculan filem Juvana ini, nama Johan mula disebut-sebut kembali. Khabarnya juga tahun hadapan ada empat filem yang menanti untuk di tayangkan. Bercerita mengenai permaisuri hati, pasti ramai yang tahu akan kisah percintaan Johan dengan beberapa selebriti tanahair. Percintaan lalu banyak mengajar Johan untuk lebih berfikir secara mendalam.
“Sebenarnya dalam percintaan ini memang sukar. Saya mahu yang menjadi isteri saya itu nanti senang hidupnya. Hendak menjaga anak orang ini bukan senang. Kita perlu memikirkan pelbagai aspek. Saya tidak mahu nanti dia diabaikan atau sebagainya. Saya perlu beri kepercayaan di pihak satu lagi yang mana saya perlu ada rumah, kehidupan yang stabil dan kerjaya yang baik. Baru saya boleh fokus kepada mencari jodoh. Tetapi jika jodoh itu sampai, saya orang yang paling bahagia. Saya tidak menolak siapa pun jodoh saya. Apa yang saya tahu, apabila saya kahwin saya perlu jaga anak orang itu supaya bahagia dengan saya, kekal kebahagian itu sehingga akhir hayat”, jelas Johan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

Catat Ulasan