loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tak terpikir oleh kita, salah satunya di Cuba ini. Pelik? Tradisi itu melibatkan perarakan mengebumikan orang hidup.

Namun, pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah. Tradisi aneh ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana. Selama 30 tahun, perayaan ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho".

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke liang lahad diiringi muzik dan sekumpulan "orang yang berkabung". Mereka juga memanjatkan doa dan "janda" yang menangisi jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan.
Prosesnya bermula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda kedalam lubang kubur  dipimpin seorang ketua. Selepas memberikan doa terakhir, kupulan berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut "jenazah" untuk diminumnya. Setelah itu ia membuka mata dan memanjat keluar dari keranda tersebut.

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat "Pachencho", dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan. Alih-alih bersuasana duka, festival kematian palsu ini malah disambut seperti pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar," ucap Yaumara Solis. "Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top