JAUH berbeza dengan artis lain, Miley Cyrus dilihat tidak begitu mementingkan pandangan orang terhadap dirinya.
Sebagai seorang artis yang sering menjadi perhatian, lebih-lebih lagi artis Hollywood, mereka biasanya mementingkan ketrampilan diri serta menjaga serba-serbi agar jadi contoh dan inspirasi.
Namun, pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Wrecking Ball ini tidak begitu.
Selepas memuat naik gambar bulu ketiaknya yang diwarnakan warna merah jambu di Instagram, kini Miley tanpa segan silu menayang bulu ketiaknya yang panjang pula kepada peminat.
[MEREPEK MILEY CYRUS WARNAKAN BULU KETIAK MERAH JAMBU]
Mungkin sengaja dibuat begitu untuk mendapat perhatian media dan orang ramai, gambar yang baru dimuat naik hari ini sudah mendapat hampir 300 ribu ‘like’ di Instagram miliknya.
Bersama gambar itu, Miley menyertakan hashtag #evengotsomecleanindone jadi harapnya dia bersihkan apa-apa yang patut.
Rasanya bukan sahaja Miley tak patut simpan buku ketiak panjang, tapi semua wanita di luar sana juga, tolonglah jangan berbuat demikian sebab ia boleh hilangkan serta merta selera peminat lelaki yang melihatnya.
– MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.