loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
CALIPH Buskers yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30 menerusi naskhah ciptaan Edry Abd Halim, menceritakan pengalaman mereka hampir ditipu oleh penganjur yang menawarkan hanya RM 150 untuk satu jam persembahan.

“Kalau ikutkan ada yang cuba ambil kesempatan tapi kita bertegas dan tak mudah untuk menerimanya. Mereka menawarkan RM150 sejam. Untuk setiap persembahan kami akan meneliti terlebih dahulu adakah ia berbaloi atau pun tidak,” kata vokalisnya.
Caliph Buskers
Caliph Buskers
Kini, Caliph Buskers telah membuka sebuah studio sendiri untuk memudahkan mereka berlatih dan merekod lagu selepas ini.
“Kami sudah buka studio secara kecil-kecilan untuk membuat latihan persembahan dan merakam lagu sendiri. Tetapi studio ini bukanlah dibuka pada orang awam hanya untuk kami sahaja,” katanya.
Kemenangan semalam membolehkan Caliph Buskers membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sebuah trofi menerusi lagu Hanya Namamu. – MYNEWSHUB.CC
OLEH: KikiLala
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top