Beijing: Restoran di bandar Yulin di selatan China mula menyajikan hidangan daging anjing sempena festival daging anjing yang bermula semalam walaupun acara itu dikecam masyarakat antarabangsa yang menganggapnya kejam.
Pihak berkuasa tempatan enggan dikaitkan dengan festival berkenaan dan mengumumkan beberapa larangan yang perlu dipatuhi peniaga.
Bagaimanapun, festival menyambut ketibaan musim panas itu dilaporkan meriah dan semua restoran dipenuhi pelanggan.
Pemilik restoran mendakwa memakan daging anjing adalah amalan tradisi penduduk bandar itu pada musim panas tetapi aktivis haiwan berkata, acara itu tiada nilai budaya dan hanya mahu meraih keuntungan semata-mata.
Sebanyak 10,000 anjing yang kebanyakannya haiwan peliharaan yang dicuri dibunuh untuk festival berkenaan yang berlangsung di bandar terpencil di wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 7:13 AM
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.