Tanpa kita sedar, kebanyakan makanan ‘sihat’ sebenarnya mengandungi banyak lemak, gula dan garam.
Jadi, bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda harus lebih berjaga-jaga dalam memilih makanan jika ingin mendapatkan bentuk badan idaman!
1. Madu
Anda mungkin ingat madu adalah menyihatkan dan kandungan gulanya adalah semula jadi. Anda silap! Ia tetap sama kerana mempunyai kadar glukos yang tinggi. Madu lebih padat, satu sudu sebenarnya mengandungi lebih banyak kalori berbanding satu sudu gula pasir.
2. Sarapan bijirin
Kajian mendapati mereka yang makan bijirin semasa sarapan lebih mudah untuk kurus berbanding mereka yang tidak makan. Tetapi, jika hanya mereka memilih bijirin yang sihat. Kerana kebanyakan yang dijual mengandungi banyak gula dan lemak.
3. Susu skim
Susu biasa mengandungi kira-kira 4 peratus lemak per 100 ml. Sementara, susu skim mengandungi 0.1 peratus lemak. Jadi, tidak ada perbezaan jika anda mengambil kedua-dua susu tersebut kerana kandungan lemak tidak banyak beza.
Kajian mendapati susu penuh lemak boleh meningkatkan metabolisme dan membantumembakar lebih banyak kalori, dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Sayur mentah
Anda pasti sayur mentah itu sihat? Kajian mendapati, sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam, cendawan, asparagus, kobis dan lada mengandungi lebih banyak antioksidanapabila dimasak daripada dimakan mentah.
5. Minuman diet
Ramai yang anggap minuman diet adalah cara mudah untuk mengurangkan kalori. Kajian mendapati, minuman diet sebenarnya mengurangkan peluang anda untuk turunkan berat badan kerana otak tidak boleh menipu dengan mudah. Tubuh anda akan terus memburu kalori dan membuatkan anda rasa lapar dan makan lagi banyak!
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan