Selalunya, kita membuat andaian bahawa tabiat yang sering kita lakukan tidak sihat dan tidak baik untuk tubuh.
Sebagai contoh mengambil minuman berkafien seperti kopi dikatakan tidak sihat, namun ada juga manfaat baik jika kita mengambil kopi.
Jadi, kami akan kongsikan beberapa tabiat buruk yang sebenarnya sihat. Jangan Terkejut!
Makan coklat
Pasti ramai yang takut untuk makan coklat kerana takut gemuk. Tapi, tahukah anda bahawa coklat hitam (dark chocolate) boleh mencegah penyakit jantung. Kandunganantioksidan dan flavonoid juga boleh melancarkan peredaran darah. Mood anda juga lebih baik , lebih-lebih lagi apabila PMS melanda.
Bangun tidur lewat
Bila hari minggu atau hari cuti, pasti anda akan bangun lewat, kadang-kadang tengah hari baru bangun. Lepas tu kena marah dengan mak. Tapi sebenarnya bangun lewat ada kebaikannya.
Kajian mendapati, jika anda terjaga disebabkan jam loceng atau pun suara mak menjerit, ianya tidak sihat untuk tubuh. Lebih baik jika bangun dengan sendiri kerana tubuh anda sudah bersedia untuk bangun tidur. Terbangun kerana terkejut akan menurunkan metabolisme dan proses semulajadi dalam tubuh.
Makan gula-gula
Makanan manis berisiko diserang diabetis dan kegemukan. Namun kajian menunjukkan, jika anda menahan keinginan untuk makan makanan manis termasuk gula-gula, ia akan membuatkan anda ingin makan lebih banyak makanan manis.
Berfikiran negatif
Sebenarnya berfikiran negatif bagus untuk diri anda. Kajian mendapati, mengungkapkan perasaan dan berfikiran negatif adalah lebih baik daripada menahannya. Jika anda menahan untuk berfikiran negatif, takut-takut ada penyakit yang akan timbul.
Sendawa
Sendawa di depan umum memang tidak sopan. Tapi anda tidak perlu menahannya lagi. Lebih baik anda keluarkan gas di dalam perut dengan cara sendawa kerana menahan sendawa boleh menyebabkan perut kembung dan membuatkan perut jadi tidak selesa.
Tak mandi
Mandi setiap hari bagus untuk menjaga kebersihan tubuh, jika kadang-kadang anda malas mandi sebenarnya ia baik untuk kulit. Mandi setiap dua kali sehari dan menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia akan menghilangkan minyak semula jadi kulit yang mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan