Albert Einstein dan Stephen Hawking merupakan individu yang mempunyai kecerdasan luar biasa dan IQ yang sangat.
Selain dua individu tersebut, rupanya ada seorang lagi yang mempunyai tahap IQ lebih tinggi iaitu Nicole Bar yang baru berusia 12 tahun dari Harlow, Essex.
Daripada hasil ujian IQ yang dijalankan di sekolah, Nicole mendapat mata sebanyak 162lebih tinggi daripada orang paling bijak di dunia iaitu Einstein dan Hawking.
Ibunya Dolly Buckland, sangat bangga dengan puterinya dan menyatakan anaknya itu seorang yang rajin dan bekerja keras.
“Saya bangga dengan Nicole. Dia anak yang baik, rajin, bekerja keras dan murah hati. Dia bercita – cita ingin menjadi doktor. Dari kecil diasuka membaca buku dan majalah. Kebahagiaannya adalah ketika belajar.”
Ayahnya pula, James, juga sangat bangga dengan anaknya. James yang bekerja sebagai tukang cuci di sekolah, memberitahu, sejak kecil anak perempuannya itu sememangnya bijak.
Sejak kecil, Nicole telah menunjukkan prestasi tinggi di sekolah. Nicole sangat aktif dalam aktviti sekolah dan bijak dalam semua mata pelajaran.
Menurut gurunya iaitu Ann Clarkson memberitahu, Nicole dinobatkan sebagai individu paling genius di dunia.
Di sekolah, Nicole dikenali sebagai pelajar yang bijak, mempunyai memori yang baik dan mampu menyelesaikan matematik dengan mudah.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan