Siapa sahaja yang tidak mengenali figura bernama Fauziah Nawi ini. Bertemu dengan seniwati penuh jiwa ini memang mencipta satu sesi temubual yang penuh makna.
"Sejujurnya, ibu bingung dengan apa yang berlaku dalam industri seni lakon tanah air kita pada hari ini. Contohnya, pemilihan pelakon juga berbeza berbanding dahulu. Kalau dahulu, tidak pernah berlaku situasi di mana, pelakon utama diberi hak untuk memilih siapa pelakon yang akan digandingkan dengan mereka," jelasnya ketika ditemui.
Tambah pelakon yang tersenarai sebagai '30 Living Legends' ini lagi, dia juga tidak boleh menerima skrip dan jalan cerita drama-drama moden yang ada pada hari ini.
"Kebanyakan jalan ceritanya, lebih kurang sama. Kalau diadaptasi daripada novel, maaflah kerana ibu hanya membaca novel-novel daripada sasterawan negara," tambahnya lagi.

http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/fauziah-nawi-akui-bingung-kurang-berkenan-pelakon-pilih-bulu-1.414112