Baim Wong sebelum ini pernah dikaitkan dan dikatakan berhubungan dengan pelakon cantik, Elfira Loy. Namun begitu, sebelum ini, dia memang dikenali sebagai teman lelaki kepada pelakon dari Indonesia, Marshanda.
Nampaknya, masih ramai lagi para peminat dua bintang tersohor ini, yang ingin melihat kedua-duanya kembali bersama.
Namun begitu, menurut Baim yang memberikan kenyataan kepada sebuah portal hiburan Indonesia, dia tidak lagi menghubungi Marshanda yang kini bergelar kekasih kepada Egi John Foreisythe itu walaupun sebelum ini, pernah mengakui bahawa Marshanda merupakan bekas teman wanitanya yang terbaik dalam hidupnya.
Alasan Baim memutuskan untuk tidak lagi menghubungi Marshanda adalah kerana tidak mahu berlakunya salah faham diantara dirinya dengan teman lelaki baru Marshanda itu.

http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/baim-wong-akui-henti-komunikasi-dengan-bekas-kekasih-1.414133