Kisah percintaan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose bukanlah menjadi rahsia lagi dikalangan peminat seni tempatan. Malah, keduanya mengakui ikatan cinta mereka semakin hangat walaupun tidak terlalu terbuka bercerita mengenainya kepada khalayak.

Namun, sejak akhir-akhir ini sering kali terdengar khabar angin menyatakan mereka bakal bertunang tidak lama lagi.

Memetik laporan Sinar Online, Qi menjelaskan mereka sebenarnya sudah pun membuat persiapan pertunangan namun bukanlah secara keseluruhan.

"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti," katanya perbincangan bersama kedua keluarga telah dibuat tetapi tarikh masih belum ditetapkan.

Tambah pelakon Suamiku Jatuh Dari Langit ini juga, dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai cerita tersebut kerana masih dalam perancangan.

"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," jelas pelakon berusia 37 tahun ini.

http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/qi-nelydia-sudah-buat-persiapan-pertunangan-1.410139