Anda suka menikmat segelas coklat panas sebelum tidur atau bangun pagi?
Coklat panas bukan sahaja boleh membuatkan anda tenang dan rileks, tetapi banyak manfaat lain yang anda perolehi dengan mengambil minuman tersebut.
1. Menguatkan otak
Kajian mendapati bahawa minum coklat panas boleh membantu meningkatkan kekuatan otak, serta meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhannya. Kandungan flavonoid yang terkandung dalam coklat boleh membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak.
2. Antioksidan
Antioksidan diperlukan untuk melawan radikal bebas. Dan secawan coklat panas kaya dengan antioksidan yang mempunyai kesan positif pada tubuh.
3. Meningkatkan mood
Kajian juga mendapati bahawa secawan coklat panas boleh meningkatkan mood seseorang. Manfaat kesihatan dari minum coklat panas termasuk mengurangkan tekanan,kebimbangan dan kemurungan.
4. Kesihatan jantung
Flavonoid yang ada dalam secawan coklat panas boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagaimana ia lakukan? Iaitu dengan menurunkan tekanan darah yang akan meningkatkan kesihatan pembuluh darah anda.
5. Kurangkan berat badan
Anda boleh menghirup secawan coklat panas yang telah dicampur dengan susu rendah lemak. Minuman ini akan memberikan anda cukup kalori yang akan membuatkan anda tetap aktif, sehingga mengurangkan keperluan untuk pengambilan makanan tambahan.
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.