loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
0Shares
MAHKAMAH Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei 2013.
Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah selepas mendapati wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan kesalahan terhadap tertuduh.
Oleh itu, Shahrizal diarah untuk membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.
Pada masa yang sama, mahkamah juga turut menolak hujah pihak peguam bela bahawa terdapat elemen tangkapan terhadap pelakon itu dirancang atau diperangkap.
Sehubungan dengan itu, kes berkenaan akan disambung pada 8 Disember depan.
Terdahulu, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati ditangkap khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, Petaling Jaya kira-kira pukul 3.30 pagi selepas menerima aduan orang ramai.
Ketika sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000. – MYNEWSHUB.C
Sumber: mStar Online
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top