loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Kuantan: Seorang pekerja warga Indonesia maut dihiris bilah mesin pengasingan sampah ketika membersihkannya dalam kejadian di Tapak Pelupusan Sampah Gebeng, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Abdullah Karim,31, dari Batam, Indonesia parah di badan, kaki dan tangan malah nyaris hancur dikisar mesin berkenaan sebelum rakannya segera menghentikan mesin itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Penolong Kanan Penguasa Bomba Syed A Jamaluddin Syed Mohamed berkata, kejadian berlaku apabila mangsa masuk ke dalam mesin berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan.
"Menurut keterangan daripada rakannya, mangsa yang hampir setahun bekerja di kawasan berkenaan melakukan rutin harian iaitu membersihkan mesin pengasingan sampah sebelum ia digunakan
"Bagaimanapun, secara tiba-tiba rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam mesin berkenaan terus menghidupkannya menyebabkan Abdullah berpusing dan terkena bilah mesin itu," katanya ketika dihubungi, di sini, petang tadi.
Beliau berkata, rakannya yang menyedari kejadian itu segera menjerit ke arah pekerja lain untuk memberhentikan mesin berkenaan dengan segera sebelum melihat mangsa sudah meninggal dunia.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 3:42 PM
Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59597#sthash.G6FY6Z0b.dpuf Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top