loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BANGKOK – Seorang wanita yang berang apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dirakam menyerang serta menendang kepala kekasih lelaki itu sebanyak sembilan kali di kepalanya.

Si isteri melakukan serangan ganas itu di rumah perempuan simpanan suaminya itu dalam kejadian dipercayai berlaku di ibu negara Thailand.

Dalam serangan selama dua minit itu, si isteri dilihat memberikan tendangan kuat ala tomoi di kepala wanita berkenaan. Bukan itu saja, mangsa turut ditampar dan rambutnya ditarik.

Dia hanya berhenti selepas ditenangkan oleh rakannya yang turut datang bersamanya ke rumah wanita terbabit.

Saksi yang merakam kejadian, Ploy Tapadchum berkata: “Cinta tiga segi bertukar menjadi ganas selepas suaminya mengaku mempunyai wanita simpanan.

“Si isteri begitu berang dan bersemuka dengan wanita berkenaan di rumahnya sebelum membelasahnya. Mangsa langsung tidak melawan.

“Bagi saya, amat kejam apabila rakan si isteri hanya memandang perbuatannya tanpa berusaha menghentikannya.

“Memanglah kekasih gelap itu salah apabila mengganggu rumah tangga orang, tetapi memukulnya seperti itu tidak betul, walaupun tidak dinafikan kita faham perasaannya,” katanya.

Ploy berkata, dia mahu klip video itu tersebar supaya dilihat lebih ramai orang.

Katanya, polis tidak berminat menyiasat kejadian itu. – mynewshub


Lawat: Think You Pay Enough Attention To The Biggest Tech News? See If The Made The List. 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top