Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MADHYA PRADESH - INDIA. Doktor kini mampu tersenyum gembira selepas satu pembedahan memotong sebahagian daripada lidah bayi yang besar menyebabkan dia sukar untuk bernafas berjaya lapor Mirror.co.uk.
Aparajit Lodhi dilahirkan dengan anomali kongenital yang jarang sekali berlaku iaitu Macroglossia, satu istilah perubatan untuk mereka yang mempunyai lidah yang besar.
Selepas gangguan kongenital tersebut dikesan, doktor memberitahu ibu bapa bayi tersebut bahawa anak mereka tidak mampu bertahan lama dengan keadaan itu memandangkan lidahnya akan membengkak dan menyebabkan dia lemas.
Ibu bayi perempuan itu, Mini Lodhi yang berasal dari Jabalpur di India Utara Madhya Pradesh terkejut melihat keadaan anaknya.
“Saya sangat terkejut melihat lidahnya memenuhi seluruh ruang mulutnya dan dia juga sering menangis.
“Tatkala melihat dia di dalam kesakitan dan juga kelaparan namun tiada apa yang mampu saya lakukan kerana pertumbuhan itu membantutkan hasrat untuk menyusunya,” katanya.
Sebelum ini, bayi tersebut diberikan bantuan pernafasan selama empat hari sebelum menjalani pembedahan mengurangkan saiz lidahnya itu.
Ketua Pembedahan Pediatrik, Hospital dan Kolej Netaji Subhash Chandra Bose, Dr Argawal berkata bahawa sejak dalam kandungan lagi dia tidak dapat menelan apa-apa.
“Selepas dua jam pembedahan, bayi itu mampu untuk menelan buat kali pertama.” katanya.
Sementara itu, ibu bayi perempuan itu memanjatkan rasa syukur beliau setelah melihat senyuman di wajah anaknya itu.
“Ini merupakan kali pertama saya dapat melihat senyuman di wajah anak kecil saya, akhirnya saya dapat menyusukannya. - sinarharian
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Gadis Ini Hasilkan Karya Seni Guna Mi Segera
SIAPA menyangka mi segera yang menjadi antara hidangan popular di kalangan masyarakat dunia sebenarn[...]
[Video] Wanita Simpanan Ditendang Ala Tomoi
BANGKOK – Seorang wanita yang berang apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dirakam me[...]
Ibu Tunggal Bina Rumah Dari Tutorial YouTube
ARKANSAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu tunggal bersama dengan empat orang anaknya membuatkan ramai[...]
[Viral] Awek ‘Hot’ Jual Pisang Goreng Sensasi Di Internet
ADALAH menjadi suatu pemandangan yang biasa di negara kita melihat kelibat golongan wanita pertengah[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.