loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Brazil dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas disambar petir ketika sedang bersiar di pantai Praia do Sonho dekat Sao Paulo, baru-baru ini.

Insiden yang berlaku pukul 4.30 petang Ahad lalu turut dirakamkan oleh seorang penduduk yang menunjukkan cuaca hujan renyai ketika mangsa yang dikenali sebagai Taline Campos, 25, dari Guarulhos dipanah petir.

Rakaman itu jelas menunjukkan kilat mengenai tepat ke tubuh Campos, menyebabkan mangsa jatuh rebah serta-merta di lokasi kejadian.

Beberapa pengunjung lain yang kebetulan berada berdekatan Campos, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Dalam laman Facebook yang dipercayai milik Campos, beberapa rakannya menyiarkan pos mendoakan dan memberi kata sokongan kepada mangsa.

Berdasarkan laman web berita tempatan, globo.com, mangsa dipindahkan ke unit rawatan kecemasan ekoran keadaannya yang kritikal akibat kejadian itu.

Dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital di Guarlos dan situasi terkini kesihatannya tidak dapat dipastikan. - mstar

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top