Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”. (Surah al-Baqarah ayat 272)
Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)
Sumber: lenggangkangkung-my
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.