Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Tidak boleh dinafikan, haiwan dan manusia boleh mempunyai hubungan yang luar biasa. Bukan hanya kucing atau anjing yang biasa menjadi peliharaan, begitu juga dengan tupai.
Hal tersebut dialami Abby Putterill, 16. Suatu hari, dia menjumpai seekor anak tupai yang jatuh dari sarangnya dan ditinggalkan oleh ibunya. Gadis yang menetap di Zimbabwe ini merasa kasihan dan membawa tupai tersebut pulang untuk dirawat.
Orang tua Abby, kebetulan mempunyai tempat penjagaan haiwan bernama Bally Vaughan Wildlife Sanctuary, di rumahnya yang terletak 40 km dari Harare, ibu negara Zimbabwe.
Tupai kecil yang kemudian diberi nama Hammy itu hanya berusia beberapa hari ketika terjatuh dari sarangnya. Setelah dirawat dan kembali sihat, keluarga Putterill terkejut kerana Hammy memilih rambut Abby sebagai "sarang".
Abby kerap mengikat rambutnya berupa ikat ekor kuda longgar, di mana Hammy boleh bergelumang santai diantara helai-helai rambutnya. Mungkin agak aneh, "memelihara" seekor tupai di rambut, namun Abby tidak keberatan.
Dia merasa hal tersebut adalah bentuk kasih sayang Hammy kepadanya. "Dia tahu aku yang menyelamatkannya," kata Abby, dipetik dari Daily Mail.
Ibu bapa Abby, Debbie dan Gordon Putterill, pun tidak keberatan dengan pekara itu. "Mereka sangat selesa satu sama lain dan Hammy membesar cepat serta sihat," jelas Debby.
Dia menjelaskan ketika pertama kali ditemui, Hammy baru berusia 10 hari dan kemungkinan besar akan mati jika tidak segera mendapat pertolongan. "Dia masih sangat kecil waktu itu," ujar Debbie.
Abby, yang mendapat tanggung jawab mengasuh Hammy, merawatnya dengan memberikan susu formula dan bijirin. "Dia sekarang bahagian dari keluarga dan tidak mahu lepas dari Abby. Mungkin dia menganggap Abby sebagai pengganti pokok," katanya.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Sejarah Menarik Tentang Kehidupan Albert Einstein
Albert Einstein Kita semua pasti kenal akan Albert Einstein. Di sini ada sedikit info tenta[...]
Denda Parking Kereta Paling Pelik Hanya Di Russia
These people all parked outside a city hospital in Russia and ignored the no parking signs around [...]
Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir
Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti ta[...]
Jom Lihat Rumah Mewah Milik Mr. Bean Dan Keluarganya
Walaupun suka kelihatan bodoh dalam kebanyakkan film tv, tetapi Mr. Bean tidak lah bodoh dalam hid[...]
Kesan buruk Onani melancap Pada wajah Yang Anda Tidak Tahu !
Kesan buruk Onani Pada wajah | Melancap atau onani adalah perkara yang di sengaja menguluar[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.