loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
23Shares
KELAWAR mempunyai reputasi buruk sebagai haiwan yang lazimnya diasosiasikan dengan Drakula dan sifatnya yang ganas.
Bagaimanapun, suka atau tidak, haiwan mamalia ini memainkan peranan penting dalam sistem ekologi. Tanpa kelawar, mungkin kita akan lebih kerap digigit serangga yang menjadi makanan kegemarannya.
Video di bawah ini membuktikan bahawa kelawar sebenarnya haiwan yang lemah dan perlukan kasih sayang juga.

Rakaman berdurasi 1 minit 47 saat yang dilakukan oleh persatuan pendidikan dan pencegahan kezaliman terhadap haiwan daripada Singapura, Animal Concerns Research & Education Society (ACRES) ini menunjukkan bagaimana seekor anak kelawar dalam keadaan lemah tidak bermaya dan mengeluarkan bunyi seolah-olah memanggil ibunya.
Beberapa minit kemudian, ibunya datang menyelamatkan kelawar tersebut dengan memikul lalu membawanya pergi ke tempat selamat.
Video ini bukan sahaja mengajar tentang sifat kelawar yang tidak kita ketahui sebelum ini, malah memberi keinsafan kepada kita sebagai manusia.
Sedangkan binatang juga sayangkan anaknya, bagaimana sesetengah manusia sanggup berlaku zalim dengan membuang, meninggalkan serta mengabaikan kebajikan zuriat mereka sendiri? Hilangkah sifat keperimanusiaan kita pada zaman ini?
Diharap dengan menonton video ini, segala sentimen yang wujud terhadap spesis haiwan ini terhapus serta-merta!-MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top