SEBAGAI seorang penyanyi, pakaian yang dipakai ketika membuat persembahan lazimnya memainkan peranan yang penting dan jika tidak ia boleh menggugat mutu persembahan artis tersebut.
Namun, lumrah menjadi seorang penghibur segala dugaan ketika berada di atas pentas harus diatasi dengan tenang supaya tidak mengecewakan penonton dan peminat yang hadir.
Itulah yang dibuat oleh penyanyi popular Hollywood, Britney Spears masih memainkan peranannya sebagai penyanyi sama seperti artis lain yang menghadapi masalah pakaian ketika membuat persembahan.
Pelantun lagu Piece Of Me itu ternyata bersikap profesional walaupun bajunya terbuka ketika mendendangkan lagu berjudul 3 pada jumaat lepas di Las Vegas.
Penyanyi berusia 33 tahun itu tetap memberikan persembahan yang terbaik walaupun bajunya yang seksi itu terbuka dengan tiba-tiba di bahagian belakang.
Penari lelaki yang mengirinya ketika itu juga kelihatan mencuba sedaya upaya untuk membetulkan pakaian penyanyi itu namun tidak berjaya.
Apa yang pasti, masalah baju yang dihadapinya itu tidak menghalangnya untuk teruskan persembahannya dan berikan yang terbaik kepada peminatnya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Catat Ulasan