loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
9Shares
KUMPULAN pelawak terkenal Sepahtu yang dianggotai oleh Mohd. Nadzri Zainal Abidi (Jep) dan Shahmira Muhamad (Shuib) gagal dalam saman terhadap syarikat akhbar The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad atau NSTP, pada Jumaat.
Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Datuk Anita Harun menolak tuntutan saman yang dikemukakan plaintif selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar mingguan Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Sepahtu, Aizul Rohan Anuar akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
Terdahulu, Sepahtu dilaporkan memfailkan saman berhubung satu artikel mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) menerusi ruangan Cik Pang dalam Metro Ahad bertarikh 15 Februari lalu.
Artikel bertajuk ‘Jep mengamuk Sepahtu kalah‘ itu dikatakan mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.
Manakala, NSTP selaku defendan dalam kenyataan pembelaannya pada Julai, menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah dan hanya melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top