loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Untuk pengetahuan anda, di Lima yang merupakan ibu kota Peru telah didirikan sebuah dinding setinggi 3.5 meter dengan panjang mencapai 10 kilometer yang dibangunkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk memisahkan antara si kaya dan si miskin.

Dinding itu juga dilapisi kawat berduri di bahagian atasnya, bagi memastikan golongan miskin tidak menggangu kehidupan si kaya.

Memetik laporan Daily Mail, dinding yang digelar sebagai tembok Berlin Peru itu, baru-baru ini mencuri tumpuan dunia, apabila terdapat gelombang massa yang bangkit untuk merobohkan dinding itu kerana dianggap sebagai ‘dinding penindas’ dan diskriminatif.

Dalam pada itu, beberapa foto yang bertebaran di media sosial, para demonstrasi yang kesal dengan pembinaan dinding itu mengecat dinding dengan mural dan menulis kata-kata sindirian serta kecaman.

Sementara itu, para demonstrasi mengelar dinding itu sebagai dinding Wall of Shame memisahkan wilayah Casuarinas tempat si kaya dengan wilayah Vista Hermosa yang menjadi tempat tinggal si miskin.

Tidak hanya masyarakat Peru, masyarakat di seluruh dunia mengecam adanya dinding Wall of Shame. Bagi beberapa warga miskin di sana, dinding itu dianggap sebagai aib. Namun bagi warga kaya di Las Casuarinas, dinding itu dianggap sebagai alat yang tepat untuk melindungi diri mereka.



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top