loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Lelaki Jepun ini sudah 45 tahun menunggu hukuman mati terhadap dirinya. Puluhan tahun sudah banduan itu merengkok di penjara, namun belum jelas bila dirinya akan dihukum mati.

Banduan tersebut bernama Hakamada Iwao tersebut kini telah berumur 77 tahun.

Menurut organisasi HAM, Amnesty International seperti dipetik dari News.com.au, Kamis (16/1/2014), Hakamada diyakini sebagai pesalah hukuman mati paling lama berada di penjara.

Hakamada dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1968 silam atas kes pembunuhan seramai empat orang. Bekas peninju itu secara teori boleh dihukum mati bila-bila saja, namun dia tidak tahu bila. Selama 45 tahun dia telah merengkok di penjara menunggu hukuman mati tersebut dilaksanakan.

Namun menurut Amnesty, Hakamada kemungkinan tidak bersalah kerana khabarnya dia telah dipukul dan dipaksa untuk mengakui pembunuhan tersebut. Amnesty menyatakan, bukti yang digunakan untuk mendakwa lelaki itu tidak kuat. Dia telah disoal siasat polis selama maksimum 14 jam setiap hari selama hampir tiga minggu, tanpa peguam.

Bahkan salah seorang hakim yang mengadilinya ketika itu, mengundurkan diri tak lama selepas persidangan kes tersebut. Secara terang-terangan dia menyebutkan "keputusan bersalah terhadap seorang lelaki yang tak bersalah, terlalu bertentangan dengan hati nuraninya".

Minggu ini, Hakamada akan mengetahui apakah mahkamah akan meneruskan kembali persidangan semula kesnya pada akhir Mac akan datang. Ini akan menjadi peluang terakhirnya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Jika dia gagal, maka Hakamada akan dibawa dari sel penjaranya dan dihukum gantung. Entah bila-bila! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top