loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
662Shares
SUDAH tiada jodoh.. demikian yang berlaku antara pelakon Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria apabila masing-masing mengambil keputusan untuk bercerai pada tanggal 25 Mei lalu.
Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, yang pernah membintangi filem ‘Aku Masih Dara‘ juga dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada esok hari.
Mengulas perkara itu, Megat menyatakan bekas isterinya itu layak untuk mendapat kebahagiaan serta memilih jalan yang dirasakan adalah terbaik buatnya.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.
“Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagiaan dan pilih jalan kami sendiri,” ujarnya kepada mStar Online.
Pada masa yang sama,  Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan dan mempersoalkan hal-hal lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.
“Saya tidak mahu ulas lebih sehingga buka peluang orang cemar maruah saya… cukuplah dengan doa dan harapan pada dia,” ujarnya yang mengakui masih belum menemui pengganti.
Raja Farah atau nama penuhnya, Raja Farah Raja Aziz berkahwin dengan Megat pada tanggal 12 November 2010, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top