SEJAK kebelakangan ini, boleh dikatakan makin ramai selebriti memilih untuk merahsiakan perkahwinan masing-masing kerana mahukan privasi.
Terbaharu, heboh apabila pelakon kacak Keith Foo dikatakan telah selamat bergelar suami kepada cinta hatinya, Kim Raymond sejak tahun lalu.
Perkara itu didedahkan oleh isterinya Kim menerusi majalah fesyen dan gaya hidup,EH! yang menampilkan Keith dan Cristina Suzanne sebagai penghias muka depan.
“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” katanya kepada majalah berkenaan.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Keith menerusi aplikasi WhatsApp masih belum berjawab.
Sebelum ini, pelakon Ariana Rose ini sememangnya pernah mengumumkan ingin berkahwin pada tahun lalu tapi tidak didedahkan secara umum apabila ia telah menjadi kenyataan.
Mungkin Keith ada alasan tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan hal itu.
Pasangan ini dijangka bakal diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.
Semoga berbahagia diucapkan! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Berita Harian
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan