ENTAH apa puncanya, pelakon kacak Syed Ali baru-baru ini dilihat memuat naik status meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap seorang wartawan perempuan dari sebuah program televisyen terkenal.
Berdasalkan status tersebut, Syed Ali benar-benar marah hinggakan dia hendak meludah muka wartawan sombong itu.
Alkisah bermula, apabila wartawan hiburan dikatakan memberi jelingan tajam kepada Syed Ali seolah-olah mempunyai perasaan tidak puas hati.

“Wartawan perempuan Hlive ini pandnag aku macam aku ni belum lunas hutang piutang daripada dia. Jelingan sombong kau tu macamlah kau tu wartawan paling cantik di dunia.. nahh! satu ludahan ke atas muka kau. Puihhh! #hlive #wartawan #sombong #bajet #popular,” tulis Syed Ali menerusi laman Facebook.
Sementara itu, memetik laporan Media Hiburan, sebelum ini beberapa artis lain turut mengadu perkara yang sama berkenaan wartawan-wartawan dari program tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada cerita itu benar atau tidak.
“Pada saya, buat apa perlu sombong dan bongkak. Saya tidak diajar untuk jadi sebegitu,” katanya kepada Media Hiburan.
Agak-agaknya siapalah gerangan wartawan sombong perasan cantik yang dimaksudkan tu? Jeng.. jeng.. jeng..
– MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.