loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Walaupun ia pahit untuk ditelan, namun sebagai figura awam, setiap selebriti harus menerima kritikan walaupun ia datang dari individu dalam industri sendiri.
Itu yang dialami oleh Fynn Jamal apabila salah seorang ahli kumpulan VE iaitu Damian, menyatakan pendapat �ikhlasnya� bahawa Fynn Jamal tidak boleh menyanyi!
Untitled
Malah, penyanyi itu turut mencadangkan agar ibu kepada anak lelaki, Arjuna itu supaya tidak menyanyi! Sentap tak?

Tulis Damian di laman mikro Twitter peribadinya, �Maaf, jujur saya cakap. Fynn Jamal xblh menyanyi. Tolong jgn nyanyi lagi.�
Tak lama selepas memuat naik kenyataan berkenaan, laman Twitter pelantun lagu Kerna Sayang itu dilimpahi dengan komen dari dua pihak yang menyokong dan menghentam pandangan tersebut.
Damian kemudiannya menambah bahawa dia menilai kualiti suara Fynn menerusi persembahan penyanyi itu ketika program Muzik-Muzik peringkat separuh akhir lalu, yang mana Fynn gagal mara ke peringkat akhir dengan lagunya, Arjuna Beta.

Namun demikian, dia menolak kritikan pedas yang dilontarkan haters apabila mereka menyokong pendapat Damian dengan pelbagai gelaran yang diberikan kepada Fynn, antaranya penyanyi dalam tandas!

Walau apapun, muzik itu universal dan setiap manusia mempunyai pandangan serta citarasa masing-masing. Tak payah gaduh-gaduh okay?
- MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top