Mungkin dua hos Running Man iaitu Kang Gary dan Lee Kwang Soo nampak akrab namun secara realiti mereka sebenarnya berasa kekok dan tidak begitu serasi apabila bersama.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Kang Gary menerusi satu temubual dalam program berjudul ‘Healing Camp’ baru-baru ini.
Kang Gary mendedahkan bahawa dia berasa kekok ketika berada di samping Lee Kwang Soo sewaktu pertama kali bertemu dengan aktor tersebut.
Gary menceritakan bahawa personaliti Lee Kwang Soo agak berbeza dengan apa yang ditunjukkan di dalam rancangan Running Man.
Bahkan sewaktu bertemu, Gary telah mengajak HaHa dan Kwang Soo untuk keluar serta minum bersama supaya mereka boleh mewujudkan hubungan akrab antara satu sama lain.
“Kami pergi minum bersama dan pada waktu itu saya berharap agar hubungan kami menjadi semakin akrab dalam sekelip mata.
“Kwang Soo sebenarnya seorang yang sangat pemalu… Walaupun kami telah menghabiskan masa bersama dan tertidur di rumah HaHa, dia masih lagi malu-malu untuk berkata apa-apa.” katanya sambil ketawa.
Lee Kwang Soo yang turut hadir membuat kejutan sebagai tanda memberi sokongan kepada Gary di program ‘Healing Camp’ itu juga malu-malu ketika ‘abangnya’ itu menceritakan kisah pertemuan pertama mereka.
Bagaimanapun, Gary memberitahu hubungan mereka kini sangat rapat seperti keluarga, bukan hanya mereka berdua tetapi dengan kesemua ahli Running Man. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan