TIADA angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi Maya Matahari akhirnya mendedahkan sudah tinggal berasingan dengan suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak enam bulan lalu.
Menurut Maya, keputusan untuk tinggal berasingan ini adalah atas persetujuan bersama kerana tidak ada lagi persahaman di antara mereka.
“Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat. Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu,” jelasnya kepada Harian Metroketika sidang media baru-baru ini.
Sebelum ini, Maya memilih untuk berdiam diri dan enggan bercerita mengenai masalah rumah tangganya.
Maya dan Tengku Shahreza bergelar suami isteri pada 27 Jun 2009 dengan sekali lafaz.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Harian Metro
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.