loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SUSULAN isu pelakon kontroversi, Tasha Shilla, 28, yang dikatakan menghantar 40 orang lelaki untuk pukul bekas teman lelakinya, Hans Wong, kini mahu mendedahkan bukti dia diserang pelakon itu di kelab hiburan.
Hans yang juga seorang peninju Muay Thai sebelum ini telah pun membuat laporan polis mengenai insiden tersebut bersama-sama dengan kekasih baharunya, Carmen Emirda.

[TASHA SHILLA UPAH 40 LELAKI PUKUL BEKAS TEMAN LELAKI?]

carmen hans dan laporan polis
Hans Wong bersama kekasih barunya, Carmen Emirda telah membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut.
Memetik laporan Mstar Online, Hans malah sudah mula mengumpul bukti termasuk rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kelab berkenaan untuk siasatan pihak polis.
“Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu.
“Saya tidak berbohong bahkan ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama.
57
Tasha Shilla tidak henti dilanda kontroversi sejak kebelakangan ini.
“Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha, tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut,” katanya.
Dia juga tidak tahu mengapa Tasha bertindak sedemikian termasuk menyerang kekasih baharunya itu.
“Dia tiba-tiba datang ke meja dan serang teman wanita saya sebelum dua kawan lelaki saya cuba menenangkan Tasha. Namun dia pula bertindak menampar muka salah seorang kawan saya dan menyimbah air ke mukanya.
“Rakan-rakan lain yang berang dengan perbuatan itu lalu menyimbah kembali air ke mukanya sebelum pengawal kelab datang menghalau Tasha keluar dari tempat berkenaan,” tambahnya.
Hans juga menyatakan dia terkejut melihat keretanya dirosakkan oleh hampir 20 orang lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan Tasha. Hubungan Hans dan Tasha telah berakhir sejak 3 bulan lalu. -MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top