TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba muncul khabar angin menerusi beberapa blog hiburan mendakwa pelakon kacak Adi Putra kini sedang dirawat di hospital akibat menghidap penyakit kanser.
Terkejut dengan berita tidak berasas itu, aktor filem Suami Aku Ustaz ini akui kesal dengan laporan palsu yang dipaparkan sedangkan dia masih lagi sihat daripada sebarang penyakit maut.
“Saya berasa terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan kedudukan rating blog mereka.
“Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.
“Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah,” katanya kepada portal tempatan mStar Online.
Difahamkan, laporan palsu mengenai kesihatan aktor berasal dari Singapura itu mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial pada Khamis lalu.
Bagi tidak mengelirukan peminatnya, Adi Putra turut memuat naik artikel palsu itu di laman Instagramnya sambil meluahkan rasa kecewanya. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan