PELAKON Hairul Azreen menafikan percutian bulan madu mewah di Pulau Bora-Bora dengan isterinya, Hanis Zalikha ditaja oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya aktor yang juga seorang ahli perniagaan ini berkata hasil perbelanjaannya dan isteri sepanjang di sana adalah merupakan wang daripada hasil simpanannya sendiri.
Memetik Harian Metro, Hairul berkata, “Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini ‘upah’ terhadap kerja keras saya selama ini. Saya bukan orang yang boros dan suka keluar sana sini. Setiap sen yang diperoleh, saya simpan”.
Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun lalu di kediaman pelakon wanita itu di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Majlis perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada stesen televisyen berbayar selain Hairul turut melamar Hanis secara live menerusi program nyanyian Gegarvaganza yang ditonton masyarakat seluruh Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.