“Aku baru 25 tahun tapi ramai yang cakap aku dah macam umur 30 tahun..”
Pasti situasi ini selalu terjadi kepada anda dan anda akan lakukan pelbagai cara untuk kelihatan lebih muda daripada usia.
Tapi, apa yang anda perlu tahu adalah pola pemakanan dan aktiviti harian juga sebenarnya punca kepada penuaan awal. Jom ketahui 8 tabiat dan kebiasaan yang membuatkan anda cepat tua!
1. Aktiviti berlebihan
Kalau ya pun nak aktif, jangan buat aktiviti berlebihan kerana tidak baik untuk tubuh. Menurut kajian aktiviti padat memberikan tekanan dan boleh menyebabkan penuaan awal.
2. Makanan manis
Makanan manis sangat tidak baik untuk tubuh kerana gula boleh melekat pada serat protein di setiap sel tubuh manusia dan boleh menyebabkan garus halus, kedutan dan lingkaran bawah mata.
3. Tidur kurang dari 5 jam
Kajian menunjukkan kurang tidur boleh menyebabkan seseorang itu pendek umur dan juga boleh menambahkan berat badan. Gemuk la nanti!
4. Menonton TV terlalu lama
Menurut kajian British Journal of Sports Medicine Australia, menonton TV selama 1 jam, memotong harapan untuk hidup selama 22 minit. Bayangkan jika anda menghabiskan masa 6 jam sehari.
5. Duduk terlalu lama
Duduk selama 30 minit sahaja boleh menyebabkan badan mula menyimpan gula ke dalam sel tubuh. Disarankan untuk berjalan sebentar setiap kali 30 minit selepas duduk.
6. Mekap tebal
Mekap tebal menyumbat liang-liang kulit, sekaligus terjadinya penuaan. Minyak wangi juga boleh menyebabkan garis dan kedutan kerana kandungan alkoholnya.
7. Posisi tidur yang salah
Kedudukan tidur mengiring dengan pipi melekat pada bantal boleh mempercepatkan penuaan. Tidur terlentang adalah penyelesaian terbaiknya.
8. Diet yang salah
Bagi mereka yang sedang diet, lemak adalah musuh mereka. Tapi, lemak juga sangat diperlukan untuk mencegah kedutan selain menjaga kesihatan jantung dan otak.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.