loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
menantu.jpg
PETALING JAYA: Pelakon Eja menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mertuanya di Ipoh terlebih dahulu sebelum beraya di Kuala Lumpur yang mana perkara itu dilakukannya sejak lima tahun lalu.
Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 43, berkata, ia berikutan keadaan kesihatan ibu mertuanya yang tidak berapa sihat.
“Saya sudah lima tahun sambut raya di rumah mertua iaitu di Ipoh sebelum beraya bersama keluarga saya di KL. Biasanya kami beraya selama empat atau lima hari di sana.
“Emak mertua saya tidak berapa sihat dan inilah masanya untuk berjumpa ahli keluarga yang lain. Selalunya kalau saya balik ke Ipoh, mereka tiada kerana masing-masing tinggal jauh,” katanya.
Eja berkata, sambutan Hari Rayanya sama seperti orang lain iaitu dengan menghabiskan masa sepanjang hari berbual dan menikmati juadah yang disediakan.
Tambahnya, persiapan dibuat secara sederhana dan hanya melebihkan kepada persiapan anaknya Nur Eishal yang berusia lima tahun.
“Saya beraya seperti orang lain juga, raya pertama hanya duduk rumah, menonton televisyen dan makan juadah Hari Raya, selepas itu barulah pergi menziarah ahli keluarga.
“Tahun ini persiapan kami biasa sahaja, cuma baju raya, kasut dan keperluan raya lebih kepada anak sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Eja bakal keluar dengan telefilem berjudul Gerobok Raya yang akan disiarkan pada slot Cereka Ahad, 26 Julai ini. – mstar
Sumber: ketumviral
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top