Pelakon Benjy telah ditahan kali keempat kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, telah ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar pada Jumaat lepas.
Dia ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram.
Pemeriksaan pada but kereta pula, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.
Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik dipercayai peralatan memproses dadah.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabit kesalahan, anak dramatis terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu bakal berdepan hukuman mati mandatori.
Sumber: Sinar Harian
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Sumber: Sinar Harian
Catat Ulasan