loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki Aksan, 44, bertindak melakukan serbuan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan merampas produk tiruan Pelikat Pants keluaran syarikatnya B.O.B di Jalan Masjid India, di sini, petang tadi.
Afdlin berkata, dia terpaksa mengambil tindakan itu kerana menerima banyak aduan daripada ejen rasmi perniagaannya terhadap penjualan produk tiruan Pelikat Pants yang diusahakannya sejak dua tahun lalu itu.
“Saya tidak halang orang lain hendak berniaga, tapi kalau hendak jual barang, ikutlah saluran betul.
“Jika mahu jual produk lebih kurang sama, cubalah berinovasi sedikit dan hasilkan rekaan tersendiri. Jangan ambil jalan mudah dengan menjual produk tiruan.
'Cubalah berinovasi sedikit' - Afdlin Shauki bersama KPDNKK serbu kedai tiruan Pelikat Pants
‘Cubalah berinovasi sedikit’ – Afdlin Shauki bersama KPDNKK serbu kedai tiruan Pelikat Pants
“Bayangkan kerugian dan kesan terpaksa saya dan ejen-ejen lain tanggung disebabkan penjualan produk tiruan itu yang ditawarkan pada harga lebih rendah,” katanya.
Dalam serbuan jam 5 petang itu, sebanyak 32 helai produk Pelikat Pants tiruan dirampas dengan nilai sebanyak RM1,280.
Serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Ab Rahim Ahmad bersama tiga pegawai dan lapan wakil syarikat B.O.B. di bawah Akta Hak Cipta 1976.
Menurut Afdlin, penjualan produk tiruan itu dengan harga lebih rendah berbanding harga sebenar RM75 menjejaskan perniagaan ejen rasminya.
Afdlin Shauki berkata, sebelum serbuan pihaknya sudah melakukan pemantauan produk dan harga di sekitar kawasan terbabit sebanyak dua kali.
“Saya menerima laporan daripada wakil-wakil jualan rasmi sejak dua minggu lalu. Susulan itu, kami buat laporan kepada KPDNKK minggu lalu dan jalankan serbuan hari ini.
“Penjualan produk tiruan itu bukan saja menjejaskan pasaran jenama Pelikat Pants saya, malah ejen-ejen rasmi saya turut terjejas kerana pengguna membeli barang tiruan dengan harga lebih rendah,” katanya.

Sumber : Metro
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top