Berkongsi cerita bersama dengan mStar Online, Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus yang diperoleh selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat terkena ilmu hitam beberapa tahun lalu.
“Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula. Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang”
“Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena. Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam. Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku” katanya lagi.
Apa apa pun, semoga segala usaha pelakon ini dalam melindungi keluarganya akan dipermudahkan. Malah peminat pasti akan mendoakan yang terbaik untuk keluarga bahagia ini.(rtky/s)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan