Oleh : Fyruz Hanna
Jika dulu pengikut instagram penyanyi Siti Nordiana hanya 100 ribu namun selepas menyertai program Gegar Vaganza, followers-nya naik mendadak dan kini mencecah sehingga 230 ribu.
Mana tidaknya, selepas menyertai program itu, baru peminat mengenali siapa penyanyi yang bukan calang-calang itu.
Jika dahulu kita hanya mengenali Nana dengan vokalnya yang mendayu-dayu, namun sebenarnya tak siapa menyangka Nana mampu membawa lagu-lagu yang dianggap 'killer' yang mencabar vokal seorang penyanyi.
Lagu seperti Mengapa, Aku tak Akan Bersuara memang sedap dan Nana mampu membawa dengan caranya tersendiri. Namun adakah Nana mampu membawa lagu Madah Berhelah yang sememangnya mencabar kebolehan vokal yang tinggi untuk minggu terakhir dan merangkul gelaran juara? -CARI Infonet.
Catat Ulasan