loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Kampung Masouleh yang terletak di Wilayah Gilan, Iran, 60 km dari laut Kaspia. Kampung ini jarang kelihatan kerana sentiasa tertutup oleh kabus. Namun jika kabus tidak kelihatan, Masouleh dapat dilihat dengan jelas, ianya sebuah kampung yang amat luar biasa, rumah-rumah yang dibina di lereng bukit.

Masouleh terletak kira-kira 1,050 meter di atas permukaan laut. Kerana susun atur bangunan di kawasan ini cukup unik, motosikal tidak dibenarkan untuk masuk dan melintas di kawasan ini, kerana tanah di kawasan ini berteres dan berlorong-lorong.

Di antara rumah-rumah, terselit sebuah jalan yang sempit yang berliku-liku sebagai akses keluar masuk kampung. Hampir semua bangunan di kawasan ini dibuat dari tanah liat dan kayu, serta berteres-teres. Bahkan, bumbung dari bangunan ini digunakan sebagai jalan dan juga berfungsi sebagai sebuah kaki lima.

Kampung ini dibinakan hampir seribu tahun yang lalu. Kawasan ini pernah menjadi akses keluar masuk para pedagang yang datang dan keluar dari Iran. Namun kini, kampung ini semakin berkembang menjadi destinasi pelancongan popular di Iran.





Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top