loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Sos tomato merupakan perasa penyedap untuk membuat makanan terasa lebih lazat. Bagi beberapa orang, sos tomato ketika makan adalah perkara wajib, tapi mungkin belum ada yang seobses wanita  ini.

Melissa Ibbitson telah 'ketagihan' sos tomato dan tidak boleh tanpa mengambilnya. Sekurang-kurangnya dalam sehari, wanita berusia 19 tahun ini harus makan sos tomato sebanyak tiga kali. Ia juga selalu menambah banyak sos tomato ke dalam setiap makanan dan tidak akan mahu masuk ke restoran yang tidak mempunyai banyak stok sos berwarna merah itu.

Melissa yang seorang mahasiswa teologi mengaku sudah cukup lama menggemari sos tomato. Namun ia baru mula ketagihan sos tomato dalam empat tahun kebelakangan ini dan boleh menghabiskan tiga botol hanya dalam satu minggu.

"Aku mula makan sos tomato sejak masih kecil dan pertama kali makan di McDonalds. Aku tidak ingat bagaimana itu boleh jadi semacam obses tapi sekarang aku tidak boleh hidup tanpa sos tomato," kata Melissa, seperti dipetik dari Daily Mail.

Melissa juga menceritakan, rakan-rakannya kerap merasa malu ketika makan bersama dengannya, sebab dia selalu meminta sekurang-kurangnya 12 paket sos tomato untuk satu menu makanan. Wanita berambut perang ini juga meminta tambahan beberapa pakett untuk dibawa pulang ke rumah.


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top