loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
neelofa 1_3

SESIAPA yang mengikuti perkembangan Neelofa menerusi laman Instagramnya tentu perasan pelakon dan pengacara ini telah bertemu dengan pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, beberapa hari lalu.

Perkara ini diketahui kerana Neelofa telah memuat naik video dirinya sedang berubat cara Islam dengan Haron Din.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi hingga ratusan komen menghujani ruangan komen posting ini.
Ini gara-gara, ketika proses ruqyah itu kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Dek kerana itulah, ramai mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa memuatnaik video tersebut.
Untitledkomen 2_7komen 1_7
Rata-rata berpendapat Neelofa sengaja mencari publisiti dan video tersebut tidak patut dikongsi kepada umum kerana boleh menimbulkan fitnah.
Bagaimanapun, sesetengah peminat mempertahankan bintang itu kerana berasakan tiada yang salah atau haram kerana Haron Din melakukan demikian untuk tujuan berubat dan ianya jelas berlapik.
Tambahan pula, ia dapat memberi gambaran kepada peminat di luar sana tentang bagaimana proses ruqyah berlangsung.
Dalam pada itu, Neelofa dilihat turut memuat naik video pesanan Haron Din dan antara intipati ucapannya adalah tentang ‘bersangka baik’.
Apa pun, bertuah Neelofa kerana dapat bertemu dengan salah seorang ahli agama yang begitu dihormati dan disanjungi di Malaysia.
lofa
Sebelum ini Neelofa pernah mencetuskan kontroversi lebih kurang serupa apabila memuat naik gambar seorang qari memegang ubun-ubunnya. – MYNEWSHUB.CC

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top